Saturday, November 14, 2009

jantung hatiku


JANTUNG & HATI


'Jantung hati' adalah peribahasa kepada perumpamaan personafikasi makna bagi seseorang yang penting di dalam kehidupan kita. Ungkapan kata seperti "Engkaulah jantung hatiku" menjadi kata setia bagi mengambarkan seluruh perasaan diri si pengucap kata sekaligus membuktikan bahawa betapa pentingnya seseorang itu kepada diri si pengucap kata tersebut.


Terkadang terlupa
Kita selalu mengucapkan kata-kata tersebut kepada orang yang kita sayangi, namun terkadang kita terlupa bahwa 'jantung & hati' kita itu adalah organ yang paling penting pada diri kita sendiri. Lebih teruk lagi apabila ada pula yang berkata: "Jikalau adinda tidak percaya, ambilah kapak belahlah dada kanda", untuk tujuan apa sehingga sanggup mengambil kapak untuk membelah dada? sudah tentulah bagi membuktikan akan ketelusan dan kesungguhan kata dan melihat sendiri 'Hati dan Jantung' secara fizikal. Selepas itu, setelah kita melihatnya (setelah dada dibelah dengan kapak), maka itulah kali terakhir kita melihat orang yang kita sayangi kerana dia sudah mati meninggalkan kita dengan kemalangan yang amat tragis sekali.


Hati, Ratu Hati dan peribahasa tentang Hati
Allahyarham P.Ramlee telah mengabadikan 'hati' ini didalam lagu nya iani:
"Ibu.. Ibu, engkaulah ratu hatiku". Begitulah 'hati' dan 'Ibu' pula di ungkapkan sebagai 'Ratu Hati' iani ratu kepada hati.

'dalam hati setiap manusia, ada tempat istimewa,menjelmanya kasih suci, yang tidak ada bandingannya,kasih ini kusembahkan pada mu,sungguh murni tak terhingga,andai kata engkau tak ada, aku merasa tak bahagia' - p.ramlee (lirik lagu-ibu)

Tentulah banyak lagi peribahasa tentang hati jikalau mahu kita tuliskan, beberapa antaranya adalah seperti 'suka hati', 'hati-hati', 'makan hati', 'sakit hati, 'iri hati', 'geli hati', 'busuk hati', 'baik hati' dan sebagainya.


Di manakah hati dan perasaan hati kita?
namun bagi semua-semuanya perumpamaan itu adala perasaan 'hati' kita terhadap orang lain atau terhadap orang yang kita sayangi, bagaimana pula dengan diri kita? kita yang mempunyai sekeping daging yang bernama 'hati' itu? tidakkah kita menyayangi akan daging tersebut? pernahkah kita bertanya: 'Apa khabarnya hatiku sekarang'? Bagaimanakah keadaannya sekarang? Sihatkah ia? Sakitkah ia? Gembirakah ia? Sedihkah ia? Bahagiakah ia? dan semua-semuanya yang mahu ditanya.

Hati dan Perasaan
setelah semua-semua soalan itu telah kita tanya kepada diri kita, adakah kita mendapat akan jawabannya? Sesungguhnya jawaban yang bakal kita jawab itu hanyalah diri kita sendiri yang mengetahuinya, dan juga hanya yang menciptakankan diri kitalah yang Maha Mengetahuinya.
Hati dan perasaan tersebut jikalau kita tidak mengucapkannya dengan kata-kata, maka tinggalah ia disitu menjadi 'tidak terucap dengan kata-kata.
Jikalau pula mahu kita tuliskan, entah berapa kajang kertas yang diperlukan untuk menuliskan akan suara hati dan rasa hati tersebut kesemuanya. Namun itu halnya yang kedua, yang pertama, yang perlu kita tahu adalah: Adakah hati kita ini Sihat? Bagaimanakah ia? Apa khabarnya? Sudah makankah ia? Gembirakah ia? Sedihkah ia? jikalau ia sedih, kenapa ia sedih?

dan jikalau ia gembira, apa yang telah membuatkan ia gembira? tanyalah apa sahaja soalan yang mahu ditanya, kerana setiap soalan itu pasti ada jawapannya kerana kitalah yang menyediakan soalan itu kepada diri kita, sudah tentu ada jawapannya.


Makanan hati
apakah pula makanan untuk hati kita? makanan hati iani kesemua keperluan makanan bagi hati kita dari segi fizikal, emosional dan spiritual.

Jikalau anda berkata: 'Hati, mana boleh makan', Maka saya pula akan berkata: 'Boleh, sebab ia bersuara'.

dan anda carilah kembali jawapan kepada soalan saya itu kerana anda sebenarnya sudah mengetahui akan jawapannya. Janganlah anda 'makan hati' atau 'terasa hati' pula kerana saya tidak memberitahunya, lebih teruk lagi jikalau anda 'makan hati berulamkan jantung', maka akan 'sedih hati' lah saya jikalau perkara itu terjadi.

Tanya sama hati
tanyalah.. =)

Mutiara kata:

'dalam hati setiap manusia, ada tempat istimewa,
menjelmanya kasih suci,
yang tidak ada bandingannya,
kasih ini kusembahkan pada mu,
sungguh murni tak terhingga,
andai kata engkau tak ada, aku merasa tak bahagia...' p.ramlee-1953


untuk itu, salam hormat,
salam penuh kasih dan sayang dari saya kepada semua,


credits:
youtube.com at
http://www.youtube.com/watch?v=HYY9sLG8DSc&feature=related
picture from my friend clizzane at
www.flickr.com

Tuesday, November 10, 2009

jagalah hatimu


JAGA HATI

Jagalah hatimu di dalam semua keadaan iani menjaganya secara
fizikal, emosional dan spritual.

Please take good care of your heart
physically, emotionally and spiritually.




salam hormat,
salam penuh kasih dan sayang.


credits to:
top picture by believer9 at http://www.flickr.com

heart at http://outside.away.com/outside/bodywork/200708/owners-manual-heart-1

liver at http://www.hepfoundation.org.nz/images/liver2.jpg

Sunday, September 27, 2009

bersatu hati, bersatu dengan hati- bahagian 2 [akhir]


'Unity' - Perpaduan
bersatu hati, bersatu dengan hati
-bahagian 2 [akhir]
oleh zul abdul rahman

tiadalah lagi mampu saya tertahankan akan rontaan hati yang mahu sesunguh-sungguhnya turut sama berkongsi akan beberapa perkara yang kita lalui saban hari, perkara-perkara yang telah dipesan-pesankan oleh insan yang terdahulu, yang dipesan-pesankan oleh guru-guru kita, imam dan ustaz yang baik hati budi pekerti.
setelah sekian lama menghitung waktu dan keadaan, maka khutbah aidilfitri pada 1 syawal 1430H yang lalu telah memperjelaskan awalan maksud bagi perjalanan pencarian diri, tanggal 1 syawal yang mulia di hari kemenangan tersebut, rata-rata di seluruh negara, khutbah yang sama telah dibacakan kepada kita semua, (teks khutbah di negeri perak darul ridzwan).
apabila diperdengarkan akan kepada penyampaian maksud dan tujuan khutbah pada 1 syawal itu, semua hadirin dan hadirat turut sama menggenangi nya dengan air mata yang tertumpah merintih untuk mengenali diri sendiri semahu-mahunya, begitulah juga sama akan perasaannya pada khatib yang membaca khutbah pada pagi itu iani tuan imam haji ismail bin mohamad ali, beliau juga turut sama tidak mampu menahan sebak sambil menangis syahdu semasa beliau membacakan khutbah pada pagi 1 syawal 1430H yang mulia itu di masjid jamek kampar negeri perak darul ridzwan;


"khutbah kedua"
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa lillahilhamd.
muslimin dan muslimat yang berbahagia,

di dalam bulan yang berbahagia ini satu perkara yang sepatutnya tidak dapat kita lupakan iaitu ibu bapa kita yang telah kembali ke rahmatullah, meninggalkan kita buat selama-lamanya. jangan kerana kesibukkan kita menyambut hari raya sampai kita melupai kedua-dua ibu bapa kita yang menunggu doa dan sedekah pahala daripada anak-anak yang tercinta. Ketika itu ruh kedua-dua ibu bapa kita akan kembali ke alam barzakh memohon agar ada dalam kalangan anak-anak akan mendoakan keselamatannya di dalam kubur. Tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

anak-anak yang diharapkan berdoa pada pagi 1 Syawal ini menyambut kedatangan hari raya dengan melakukan...........
..........ada yang berjudi dan minum arak bagi memuaskan nafsu yang terhimpun di bulan Ramadhan. Hasil dari itu, ibu bapa bertambah derita dan tersiksa di dalam kubur.

ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam surah Al-Ahqaaf ayat 15 yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). [Al-Ahqaaf, Ayat 15] "

marilah kita meluangkan masa buat seketika untuk menziarahi pusara kedua-dua ibu bapa kita. namun ia bukan sekadar untuk menimbulkan kesedihan yang membawa kepada ratapan, tetapi untuk mendatangkan keinsafan kepada setiap diri. Bahkan mereka akan bergembira dengan kedatangan kita.

doakan mereka: “Wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, ampunilah dosa kedua ibu bapa kami dan dosa-dosa kami. Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihi kami sewaktu kami masih kecil. Masukkanlah ruh mereka ke dalam syurga dengan rahmat dan kasih sayang-Mu, dan lapanganlah kubur mereka dan jadikanlah kubur mereka daripada taman-taman syurga. Dan jadikanlah setiap amalan baik yang kami lakukan sebagai pengampunan dosa bagi mereka. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. peliharakanlah kedua ibu bapa kami daripada fitnah serta huru-hara siksaan di dalam kubur."
-teks khutbah pada 1 syawal aidilfitri 1430H.


Saksi & Penyaksian
setiap bait tulisan dan kata itu telah dibacakan oleh tuan imam dengan sabar, disampaikan dengan tenang dan penuh penghayatan. kali ini, bicara ini adalah bicara yang hadir dengan penuh rasa cinta, kasih sayang dan air mata, dan tiadalah mahu saya berkata apa-apa lagi selain memohon ampun maaf zahir dan batin kepada semua setelah sekian lama, saya mengakui bahwa tajuk yang sebegini bukanlah calang-calang tajuk yang mudah untuk dimengertikan.




Perihal perpaduan di dalam negara kita & di dalam kita
apabila kita berbicara tentang hal dan perihal perpaduan, penyatuan, persatuan, bersatu padu dan bersatu hati ini ianya juga adalah perkara yang sama, dimana ianya diawali dengan perkara yang paling asas dan utama iani mengenal diri.
mana mungkin kita dapat menyelesaikan akan hal dan perihal perpaduan ini sekiranya kita tidak mengenali siapa kita, siapa diri kita, siapa negara kita, siapa bangsa kita, negara yang berbagai-bagai bangsa dan yang terutamanya mengenal siapa kita sebenarnya.


Kenali diri
sesungguhnya, kita ini tidak bersendiri, renunglah kepada diri, fahamilah diri, carilah siapa diri kita. Bagi diantara kita yang masih mempunyai ibu dan bapa, maka tanyalah kepada mereka, daripada manakah salasilah atau susur-galur keluarga kita, bagaimana kita hadir atau dimana tempat kita dilahirkan . 'Ibu bapamu hubungan Tuhan'-(nazam kasih ayah dan ibu, raja ali haji).


Penyelidikan tentang diri
bolehkah kita tahu tentang semua perkara yang ada pada diri kita? atau jika diperhalusi, bolehkah kita tahu apa yang ada di dalam badan kita? Nyata kita masih belum menemui akan jawapannya, jikalaulah kita ditanya: 'berapakah bilangan bulu mata kita?" maka kita tidaklah mampu terjawab walaupun bulu mata kita itu sebenarnya berada betul-betul di hadapan mata kita.



Hati
telah berpesan nabi Muhammad Rasulullallahi s.a.w kepada kita semua dengan sabdanya:
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

marilah kita semua sama-sama mengenal diri dan mengenal hati kita,
memahami diri dan memahami suara hati kita,
seterusnya, sama-sama kita bersatu hati dan bersatu dengan hati kita.


mohon ampun dan maaf andai ada terlebih bicara,
salam hormat,
salam penuh kasih dan sayang,
[p.s: mohon mendengar rintihan doa anak-anak kecil kita dengan perlahan, 'Lab pe aati hai' ]




credits:
semua sahabat yang banyak membantu

http://outside.away.com/
liver & heart picture taken at, (bacalah jua artikel berkenaan jantung & hati di:
http://www.hepfoundation.org.nz/images/liver2.jpg

http://www.hepfoundation.org.nz/images/liver2http://www.hepfoundation.org.nz/images/liver2.jpg

http://outside.away.com/outside/bodywork/200708/owners-manual-heart-1.html
http://knol.google.com/k/online-editors/what-are-the-various-types-of-liver/27ifsyywko3wx/251

Tuesday, August 4, 2009

bersatu hati, bersatu dengan hati



'Unity' Padu Perpaduan
-Bahagian 1
oleh Zul Rahman


Perpaduan itu sememangnya suatu perkara yang sangat mulia. Definasi 'Padu', iatu sesuatu yang jitu, kukuh, kuat, teguh dan sefahaman adalah menjadi suatu kesinambungan yang sangat sinonim dengan kemakmuran. Kemakmuran dalam erti kata lain seperti kesefahaman dan keserasian akan menjadi pendamai kepada segala duduk perkara kepincangan atau apa jua konflik. Perpaduan, kedamaian dan kemakmuran akan pasti dapat menyelesaikan banyak konflik. Segala permasalahan pasti dapat diselesaikan dan disepakati bersama apabila wujudnya perpaduan.

Kenali Diri
Bagaimanakah kita boleh menyelesaikan konflik demi mencari kedamaian dan kemakmuran? seterusnya membawa kepada perpaduan? Maka sebelum itu, kita mesti bertanya: 'Sejauh mana kita mengenali diri kita sendiri'? dan setelah itu, kita mesti bertanya: 'Sejauh mana yang kita tahu yang diri kita ini kuat'? Sudah tentu jawapan kepada pertanyaan itu akan terhasil apabila kita sudah tahu sejauh mana kita mengenali diri kita sendiri. Apabila kita mengenali diri kita, maka kita akan mengenali kepelbagaian keseluruhan tentang diri kita, samaada ianya baik atau tidak baik. Kita juga akan dapat mengenal konflik-konflik yang ada di dalam diri kita selain kelemahan yang ada pada kita.


Apakah kita benar-benar mengenali diri kita?
'Berapa banyakkah *tahi lalat yang ada di badan kita'?
Satu soalan yang mudah, namun amat sukar untuk dijawab bagi setiap individu. Jikalau di waktu ini anda mengatakan yang anda sudah mengenali diri anda, cubalah jawab akan soalan yang sangat mudah itu. Kita ini masih belum mengenali diri kita sendiri, siapa kita, dari mana asal-usulnya kita, salasilah keluarga kita dan sebagainya.



Siapa kamu?
Mungkin, apabila ditanya, tentang siapa nama bapa dan datuk kita, kita masih boleh ingat dan kenal, tetapi jikalau ditanya sehingga kepada siapa moyang atau datuk kepada datuk kita, kita mungkin sudah tidak dapat menyebut nama mereka. Apa lagi untuk menyebut nama nenek kepada nenek kita. Begitulah kelemahan yang jelas dan sangat nyata bahwa kita tidak mengenali diri kita sendiri. Tidakkah saban hari setiap masa dan demi masa, kita memikirkan tentang mereka walau sedikit, tidakkah kita mahu mengenali mereka?

Saya amat yakin dan pasti jikalaulah kita mengenal siapa kita dan daripada mana salasilah kewujudan keluarga kita, kita akan menjadi teguh, kuat, berani, kukuh dan jitu dengan diri kita sendiri.

Apa ada denganmu?
Barangkali untuk mencari atau mengenali siapa kita dan daripada mana asal usul kita, ianya menjadi satu proses yang mungkin tidak digemari dan agak lambat untuk mendapatkan jawapannya. Tetapi, jikalau kita mencuba kaedah sperti dibawah ini, dimana kita akan memulakan dengan cara mengenali diri kita terlebih dahulu, maka dari situlah episod perjalanan pencarian tentang diri kita dan siapa kita akan bermula.

Kenali diri dan peribadi. Huraikan ianya satu persatu. Huraikan apa yang baik atau yang positif terlebih dahulu. Kemudian cuba halusinya dan memahami akan keseluruhan kefahaman tentang diri kita. Sekiranya kita menghuraikan yang diri kita ini 'kreatif', maka halusikan kekreatifan itu. Kalau kita 'berani', maka kita halusi lagi akan keberanian itu. Huraikan melalui cara menulis dan merekodkan setiap perincian tentang diri kita seperti contoh di bawah ini.


Fikirkanlah, tulislah, lukislah, renungkanlah, halusikanlah, fahamilah diri kita. Saya amat yakin dan pasti, kita akan menemui jawapan-jawapan seperti: "Oh, patutlah saya ini pandai melukis kerana"... atau "Oh begitu" dan "Ohhh..begini" atau "Oh, jadi...", anda mungkin akan tersenyum sendiri.

Maka dari permulaan itu, akan bermulalah sebuah pengembaraan atau 'Episod Pelayaran' di mana kita sangat-sangat ingin tahu tentang diri kita. Kenali diri kita, dan setelah itu kita akan ingin mengenal siapa Pencipta kita. Pesanan saya: bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah di dalam menempuh 'Episod Pelayaran' ini.

Salam hormat, salam penuh kasih sayang, bersambung kita nanti di -Bahagian 2

Nota: *tahi lalat - bintik, tanda di badan (mole:english). Nota lain: Cuba anda kira, ada berapa tahi lalat di badan anda? Tahukah anda yang ianya akan bertambah mengikut masa? Soalan: Kenapa? Saya juga bertanyakan soalan yang sama. :)

Credits: pic by

Monday, July 20, 2009

sudah sampai sini... sudah nampak-nampak pulau itu


THE STARTING POINT
oleh Zul Rahman

Sudah kian kedengaran di sana dan di sini tentang perpaduan, persepakatan dan penggabungan. Lontaran suara dengan lantunan-lantunan yang halus tulus dan mulus kian meniti di telinga pendengar. Para pendengar yang masih lagi berdiam diri sebenarnya sedang menilai akan kesemua lontaran-lontara suara itu dan sememangnya mereka sedang mula untuk memberikan persetujuan.

Namun, bagaimanakah perkara ini dapat direalisasikan secara berhemah dan penuh saksama? Sudah pastilah soalan-soalan itu wajiblah ditanya kepada diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum kita mendengar akan jawapan-jawapan yang bakal diberikan oleh para pendengar-pendengar itu. Setelah itu, lontaran suara pembalikkan akan menghasilkan lantunan-lantunan jawapan yang benar-benar ikhlas.

Perpaduan? Pengabungan? itulah yang sedang sering kedengaran. Lontaran suara itu sungguh jelas kedengaran dan ianya bukan lagi menjadi bisikan-bisikan. Perpaduan melalui penggabungan itu sebenarnya adalah fasa yang ketiga kepada kemakmuran. Apakah fasa yang pertama yang perlu kita laksanakan sebelum kita bergerak kepada fasa-fasa yang lain ini?

Terbukti jelas bahwa, fasa yang pertama bagi Perpaduan dan penggabungan itu adalah 'The starting point'.

Permulaan apakah permulaan bagi yang pertama yang telah berlaku pada diri kita di dunia ini? Dimanakah hari pertama kita melihat dunia? Apakah benda yang pertama yang kita lihat di dunia ini? Apakah perkataan yang pertama yang kita mula dengar didunia ini, maka pada perkara yang pertama itulah dikira sebagai 'The Starting Point', tempat dimana kita dilahirkan.

Sesungguhnya, tempat itulah yang menjadi tempat titik pusat yang pertama kita wujud didunia ini. Tempat itulah menjadi titik koordinasi yang pertama kita menjejakkan kaki di muka bumi ini. Tempat itulah yang menjadi titik mula perpisahan diantara alam kandungan dan alam dunia. Tempat itulah yang menjadi tempat jatuh bagi kita, dan itulah bait-bait kata orang lama yang berpesan-pesan dengan kata 'Tempat jatuh lagi dikenang'.

"Pulanglah perantau, pulanglah seberapa segera melihat kembali kepada tempat jatuhmu. pulanglah ketempat jatuhmu itu demi melihat kembali apa yang kamu tinggalkan. Pulanglah mengutip apa yang mungkin kamu secara tidak sedar meninggalkan perkara-perkara yang penting didalam hidupmu yang mungkin perkara-perkara itu telah dilitupi oleh kekhilafan ilusi bayangan. Pulanglah kepada titik koordinasi pertama dimana kamu dilahirkan, pulanglah, walau hanya sekadar melihat kembali titik permulaan hidupmu".

"Maka dengan itu telah ditakdirkan, di situlah tempat yang 'awal' permulaan bagimu memulakan pelayaranmu hingga sampai diketika ini. Ambillah masa, renunglah sejenak dan kenangkan kembali akan kepada titik pusat permulaan hidupmu. Tanya dirimu, di mana ianya bermula, dan di mana pula ia akan berakhir"

Itulah fasa pertama yang kita juga wajib fikirkan sebelum kita melangkah kepada perpaduan dan penggabungan, dan setelah semua diantara kita sudah mengenali akan fasa yang pertama, seterusnya, maka melangkahlah pula kita kepada fasa yang kedua iani "The Meeting Place" tempat dimana kita sesama kita bertemu. Seterusnya fasa yang ketiga iani persetujuan kepada penggabungan yang diberinama "Perpaduan". Fasa kemakmuran itu bakal terjadi apabila kita semua sudah mengenali siapa kita, siapa diri kita, siapa saudara kita, siapa sahabat kita, siapa rakan dan taulan kita, siapa kita di negara kita dan apakah tugasan-tugasan kita.

Buat permulaan kepada yang akhir, baliklah kita kepada titik koordinasi yang pertama, titik mula, titik tempat permulaan pemisah awalan perpisahan, titik awalan bagi permulaan akhiran. 'Tempat jatuh lagi dikenang'.


credits: pic by rnoltenius at flickr.com

Thursday, June 18, 2009

berdayung lagi, kayuh lagi menuju ke pulau itu



THE TURNING POINT
oleh zul rahman

Sedar tak sedar, semuanya didalam keadaan 'The Turning Point' atau 'The Point of Turning'. Rata-rata di pelusuk semua tempat sekarang ini sedang bercakap tentang perubahan, 'Change' sudah terdengar di Amerika. 'Tukar nama' dari Thai kepada Siam, 'Satu', 'Kesepakatan' dan perpaduan' sudah ada di negara kita. 'Berubah dan berani untuk berubah', Musyawarah, Muzakkarah, Muhabbalah, sudah bergema suaranya dinegara kita. Apakah itu 'The Turning Point' yang telah ditakdirkan. Atau permulaan bagi kepada awal permulaan.

Barangkali juga 'The Turning Point' itu sebenarnya adalah 'The Point of Return', kerana alasan bagi sebab dan musabab kepada 'The Pont of Return' adalah kerana dulunya kita sememangnya hebat, bagus, baik, cekap, amanah, tawakkal, beradab sopan dan tertib.

Jikalaulah semua perkara yang baik diatas bukan kita, maka rujuklah kembali kepada salasilah keluarga kita, rujuk kepada ayah kita, ibu kita, atau datuk kita, atau nenek kita, atau datuk kepada nenek dan moyang kita atau rujuklah terus kepada Nabi Adam A.S dan kemudiannya turutilah kembali salasilah para anbiya yang terdahulu. Maka disitu jelaslah kepada 'The Turning Point' akan menjadi 'The Point of Return'.

Kebaikkan. Segala puji dan pujian itu hanyalah kepada Allah Azzawajalla. Kuasa-kuasa kebaikkan pasti hadir dan bakal menghentam dan menjahanamkan kuasa-kuasa kejahatan. Kuasa kebaikkan yang telah diusahakan dan didoakan oleh semua yang diawali oleh para anbiya yang terdahulu. Apa lagi yang mahu kita dustakan, apalah lagi yang mahu kita takutkan.

Bangun, berdiri, bangkit, dan berjalanlah diatas muka bumi Allah sambil memerhatikan, bertanya dan belajar serta beriman kepadaNya.

'The Point of Return', 'The Turning Point', 'Change of Direction', 'Perubahan Paradigma' jikalau ia berubah kepada sesuatu yang lebih baik, maka kayuhan itu akan bertambah laju kerana navigasinya sudah tepat dan tetap, disusuli pula dengan kata-kata semangat dan ditambah dengan berani kerana benar, dan apabila kita yakin kepada semuanya duduk perkara, maka kita sebenarnya sedang menuju ke pulau itu dengan jayanya, kerana yang baik itu datangnya daripada Allah Azzawajalla.

Bersabarlah, carilah 'The Turning Point' itu didalam diri anda, dan rasailah akan kemanisan 'The Point of Return' itu nanti.

Salam hormat.

Nota:
Kredit: gambar di pulau namoyaki oleh 'im a small potato'

Sunday, June 14, 2009

syair indah yang sedang belayar dari pulau penyengat ke pulau namoyaki






syair nasihat
fasal 1

raja ali haji


jika anakanda jadi menteri,
orang berilmu anakanda hampiri,
lawan mesyuarat lawan berperi,
supaya pekerjaan jadi ugahari.


hendaklah periksa adabnya wazir,
di dalam kitab sudah terukir,
hendaklah jauhkan pekerjaan munkir,
supaya jangan jadi tergelincir.


jika tergelincir pekerjaan salah,
pekerjaan anakanda beroleh lelah,
rakyat tentera tentu bencilah,
barangkali datang murkanya Allah.


jika anakanda menjadi besar,
tutur dan kata janganlah kasar,
janganlah seperti orang sasar,
banyaklah orang menaruh gusar.


nota:
(dipetik dari abu hasan sham(peny),1993.
puisi-puisi raja ali haji, DBP:285-286, Malaysia)


gambar oleh: http://www.rajaalihaji.com/id/article.php?a=OEZIL3c%3D=
penulisan oleh: ramlan damanik, tahniah kepada kru rajaalihaji.com